Mangsa Maut Hitam di England

Bilangan kematian

Sungguhpun rekod sejarah bagi England adalah lebih baik berbanding mana-mana negara Europah pada masa itu,[48] ia masih amat sukar untuk menentukan kadar kematian akibat Maut Hitam dengan sebarang tahap kepastian/ Kesukaran membabitkan ketidak pastian mengenai saiz keseluruhan populasi, sebagaimana digambarkan di atas, tetapi juga mengenai kadar penduduk yang mati akibat wabak tersebut. Kisah semasa seringkali diperbesarkan, menyatakan jumlah setinggi 90%.[49] Sejarahwan moden mengangarkan kadar kematian antara 25% hinga melebihi 60% bilangan penduduk.

Kerja awal di lapangan dilakukan oleh Josiah William Russell dalam bukunya British Medieval Population 1948. Russell melihat kepada penyiasatan post mortem (IPMs) – yang dilakukan oleh raja bagi menilai kekayaan pemilik tanah terkaya selepas kematian mereka – bagi menilai kematian disebabkan oleh Maut Hitam, dan dari ini menafsir anggaran sekitar 23.6% dari keseluruhan penduduk.[50] Dia turut melihat daftar episcopal bagi bilangan kematian dikalangan paderi, dimana hasilnya adalah antara 30–40%.[51] Russell percaya bahawa paderi amat berisiko kepada jangkitan, dan akhirnya merumuskan bahawa kadar kematian lebih rendah pada tahap hanya 20%.[52]

Beberapa tanggapan Russell telah dipertikai, dan kecenderungan sejak itu adalah menyesuai anggaran ke atas.[53] Philip Ziegler, pada tahun 1969, menganggarkan kadar kematian sebagai sekitar satu pertiga dari jumlah penduduk.[54] Jeremy Goldberg, pada tahun 1996, mempercayai bilangan tersebut hampir kepada 45% adalah lebih realistik.[55] Kajian 2004 oleh Ole Jørgen Benedictow mencadangkan kadar kematian amat tinggi pada 62.5%.[56] Menganggap bilangan penduduk sekitar 6 juta, anggaran ini bersamaan dengan 3,750,000 yang mati. Peratusan tinggi sebegitu akan meletakkan England di atas purata yang dianggar Benedictow bagi Europah Barat secara keseluruhan, sekitar 60%.[56] Kadar kematian setinggi itu tidak diterima secara menyeluruh dalam masyarakat sejarahwan.[57]

Taburan masyarakat

Russell mempercayai IPM bagi memberikan gambaran sebenar purata kebangsaan, kerana dia menganggap kadar adalah sekata sepanjang spektrum masyarakat.[58] Tanggapan ini terbukti salah kemudiannya, dan kajian mengenai kematian petani akibat wabak dari rekod manor terbukti jauh lebih tinggi. Ini kemungkinannya hasil dari keupayaan bangsawaan untuk mengelak jangkitan dengan melarikan diri daripada kawasan dijangkiti wabak. Ia juga mungkin hasil dari kematian selepas jangkitan dikalangan mereka yang kaya, hasil capaian lebih baik bagi penjagaan dan rawatan yang lebih baik.[59] Dengan itu, ia juga bermakna bahawa kadar kematian bagi paderi – yang biasanya lebih baik berbanding populasi umum – tidak lebih tinggi berbanding purata.[60]

...Maut menghancurkan (yang meragut tua dan muda semuanya, tidak membiarkan sesiapapun dan menjadikan yang kaya dan yang miskin sama sahaja) dengan menyedihkan meragut dari kedua kami anak perempuan tercinta kami, (yang kami paling cintai, kerana kesopanannya).

Edward III dalam surat kepada Raja Alfonso XI dari Castile[61]

Rekod manor turut memberikan peluang yang baik bagi mengkaji taburan geografik wabak tersebut. Kesannya kelihatannya adalah serupa di keseluruhan England,[62] sungguhpun tempat seperti Anglia Timur, yang memiliki hubungan kerap dengan Tanah Besar, teruk terjejas.[63] Pada tahap tempatan, bagaimanapun, terdapat perbezaan besar. Kajian mengenai estate Bishop dari Worcester mendedahkan bahawa, sungguhpun manornya di Hartlebury dan Hambury memiliki kadar kematian hanya 19%, manor di Aston kehilangan hampir 80% dari penghuninya.[64] Daftar manor kurang berguna bagi mengkaji taburan demografik kematian, disebabkan dafter hanya merakamkan ketua isirumah, biasanya lelaki dewasa.[65] Di sini IPM menunjukkan kita bahawa yang paling terdedah kepada penyakit adalah bayi dan orang tua.[66]

Pada tahap masyarakat atasan kelihatannya hanya sedikit mangsa Maut Hitam yang ada.[67] Satu-satunya ahli keluarga raja yang boleh dikatakan dengan pasti mati akibat penyakit Maut Hitam berada di Perancis ketika dijangkiti. Anak perempuan Edward III, Joan dari England (1335-1348) berada di Bordeaux dalam perjalanannya untuk berkahwin dengan Pedro dari Castile pada musim panas 1348. Apabila wabak tercetus dikalangan isi rumahnya, dia berpindah ke kampung kecil berhampiran, tetapi dia tidak dapat mengelak dari jangkitan, dan mati di situ pada 2 September.[68] Ada kemungkinan bahawa penulis keugamaan popular, Richard Rolle, yang mati pada 30 September 1349, merupakan salah seorang lagi mangsa Maut Hitam.[69] Ahli falsafah Inggeris, William dari Ockham juga telah disebut sebagai mangsa wabak.[70] Ini, bagaimanapun tidak mungkin kerana Ockham tinggal di Munich pada masa kematiannya, pada 10 April 1347, dua tahun sebelum Maut Hitam sampai bandar tersebut.[71]